Latar Belakang Pilihan_raya_umum_India_2014

Dengan keperluan perlembagaan, pilihan raya Lok Sabha mesti diadakan pada selang lima tahun atau apabila parlimen dibubarkan oleh presiden. Pilihan raya sebelum ini, untuk Lok Sabha yang k3-15, telah dijalankan pada bulan April-Mei 2009, dan tempohnya secara semula jadi akan tamat pada 31 Mei 2014. Pilihan raya Lok Sbha yangke-16 telah dianjurkan dan dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI) dan telah diadakan mengikut beberapa fasa.

Sejak pilihan raya umum lepas pada tahun 2009, gerakan anti-rasuah oleh Anna Hazare, Baba Ramdev dan Arvind Kejriwal telah mempengaruhi politik India. Semasa Pilihan raya Presiden 2012, wakil Kongres Kebangsaan India Pranab Mukherjee dipilih menjadi presiden India. Pemisahan Telagana dari Andra Pradesh untuk membentuk negeri baru juga memberi impak dalam pilihan raya kali ini.

Sesi terakhir Parlimen bermula pada 6 Februari dan berakhir pada 21 Februari. Antara agenda dalam sesi yang terakhir telah lulus ini Lokpal dan Lokayuktas Rang Undang-Undang, 2013 dalam menangani rasuah dan pembentukan Telangana sebagai sebuah negeri baru.